Friday, July 5, 2013

Pulau Dewata - Day 1

Perwisataan kami ke Pulau Dewata bermula seawal jam 6 pagi. I drove to Taman Melati and park kat sana sebab da plan nak gerak ngan Saz from LRT Melati.

Jam 630 pagi sume da berkumpul kat KL Sentral. Ade jugak yang sempat melahap dulu, breakfast katanya.
Around 7am we took the KLIA Transit to Salak Tinggi and arrived LCCT (read: Warehouse) around 8am. Sib baik sempat huhu


Jam 9.25am a/c pushback for taxi and takeoff. The 3-hour flight was uneventful, so nothing much to share.
Cuma approaching Bali boleh saksikan keindahan gunung berapi yang dikelilingi kehijauan alam dan awan-awan bertompok yang mengasyikkan. Chewah!



Around 1230pm, we safely landed at Bandara Ngurah Rai (DPS) and was greeted by nice sunshine.

QZ flight AirAsia KUL DPS Malaysia Indonesia Bali travel holidays
The QZ workhorse basking in Balinese tropical sun.

Immigration was smooth cuma at first tersilap masuk kat VOA queue. Silly.
FYI, Rakyat Malaysia tidak memerlukan Visa untuk memasuki Indonesia atas lawatan sosial/melancong up to 90 days, so xyah la nak VOA sgt :P

Keluar je dari immigration, anda akan melalui 'corridor of money changer' sebelum keluar dari Arrival hall.
Terus nampak our driver, Pak Toni sedang menunggu dengan penuh sabar dan tawadduk.

Disebabkan kesemua peserta trip kelaparan, maka kitorang mintak Pak Toni bawak pergi makan dulu.

Santapan pertama kat Bali adalah kat Restoran Ayam Tulang Lunak Gilimanuk dekat-dekat ngan airport tu.
Tapi sebab lapar punya pasal, xde sorang pun snap gambar kat sini.hahahaha

Tapi best sebab ayam dia memang lives up to the name tulang lunak, memang boleh makan sebab tulang tu da lembut giler. Sedap pulak tu, dah la lapar. Tapi restoran ni memang harga cekik darah sebab tahu sume yang datang ni pelancong. Takpelah, yang penting kenyang. Burrrpppp..Alhamdulillah.


Check In Hotel

Lepas sume da kenyang, Pak Toni drive kitorang ke hotel i.e Sara Residence.
Hotel ni terletak di area Legian, dekat-dekat ngan Seminyak and Kuta area.
Kitorang berenam book 3 bedroom apartment kat tingkat atas sekali, macam penthouse laaaa. Konon.

Tapi bilik dia memang selesa dan cantik dan sesuai dengan keperluan kitorang. Harga pun boleh tahan.
Dalam apartment ni ada 3 bilik tidur dengan 2 bilik air, ada ruang tamu dengan TV, ada ruang makan dan dapur..yeay!

Next agenda ialah berjalan-jalan ke Tanah Lot. Ye lah da sampai Bali, takkan nak stay hotel je kan?


Tanah Lot


Tarikan utama kat Tanah Lot ni ialah Pura Luhur Penataran iaitu temple (Pura=Temple)
Tujuan ke sini bukanlah untuk sembahyang kat temple tu, tapi nak jalan-jalan cuci mata, tengok keindahan alam ciptaan Tuhan. Niat kena betul sebab kita datang kat tempat 'pemujaan' camni.
Memang cantik lah Tanah Lot ni dengan landscape nya yang memukau.
Tanah Lot bererti tanah di atas batu, dan batu ni terletak di tengah laut, menambahkan lagi keindahan dan keunikannya.




Cantik kan?

Wawan, Saz, Faryse, Shin, Kaka, Intan


Posing depan Tanah Lot

Menjelang senja, kitorang pun bertolak pulang ke hotel tapi sempat singgah Giant untuk beli barang nak masak. Haaa, Bali pun ade Giant ok.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...