Thursday, October 17, 2013

BBM untuk Android & iOS

BBM blackberry messaging untuk android iOs release

Setelah penarikan balik app BBM untuk Android dan iOS, Blackberry dijangka akan release BBM untuk kedua-dua ekosistem ini hujung minggu ini.

Namun adakah release ini masih lagi ditunggu-tunggu oleh pengguna Android dan iPhone?
Ataupun app sedia ada seperti Whatsapp dan WeChat sudah cukup?

Kenapa BBM Perlu Keluar Dari Kepompong Blackberry?
Blackberry pernah menjadi gajet kegemaran ramai terutama golongan muda dengan model Curve 8520 dan app BBM merupakan tarikan utama. Namun setelah Apple berjaya dengan iPhone dan pengeluar lain seperti Samsung berkembang dengan model Galaxy, pasaran Blackberry makin suram.

Populariti app messaging lain seperti Whatsapp dan WeChat telah menenggelamkan BBM.
Untuk terus bersaing, BBM perlu menjadi popular kembali namun jika BBM hanya eksklusif pada device Blackberry sahaja, usaha Blackberry untuk kembali menguasai pasaran smartphone semakin pudar.

Nantikan kemunculan BBM untuk Android dan iOS.
Apa-apa pun dengan adanya lebih banyak pilihan untuk pengguna, lagi best!

Jadi, apakah app messaging pilihan anda?
Whatsapp? WeChat? LINE? BBM?








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...